1. APA ITU RAWATAN CHEMICAL PEEL?
Rawatan chemical peeling merupakan rawatan penghasilan semula kulit di mana larutan kimia digunakan pada kulit untuk membuang pengumpulan sel mati dan pigmen (melanin) pada permukaan kulit, mempercepatkan pembaharuan sel dan meningkatkan kelembapan kulit. Selain itu rawatan ini membantu untuk merangsang pertumbuhan semula kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat.
Setelah rawatan dijalankan, kulit anda akan mengalami pengelupasan menjadikan kulit kelihatan lebih licin, sihat dan lebih berseri. Doktor akan memberi panduan tentang cara penjagaan di rumah untuk merangsang pembaharuan kulit dan melindungi kulit dari matahari agar hasil rawatan berjalan dengan lebih cepat dan selamat. Rawatan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau digabungkan dengan prosedur kosmetik lain dan hasilnya akan menjadi lebih bagus jika anda produk pra- rawatan dan selepas rawatan digunakan.
2. KEBAIKAN MELAKUKAN RAWATAN CHEMICAL PEEL?
Rawatan chemical peel boleh merawat beberapa jenis masalah kulit termasuklah:
- Kerosakan kulit disebabkan sinaran cahaya matahari
- Parut jerawat
- Garis halus di wajah
- Hiperpigmentasi atau warna kulit tidak sekata
- Parut luka
- Melasma selepas melahirkan anak
- Kemerahan pada wajah
- Kulit kusam

3. PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MENJALANI RAWATAN CHEMICAL PEEL?
Sebelum menjalani rawatan ini, doktor estetik di Klinik Hana akan memberi penerangan terlebih dahulu tentang keadaan kulit anda. Doktor juga akan berbicang jenis chemical peel yang paling sesuai dengan kulit anda. Anda juga akan diingatkan agar tidak menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi retinol atau retin-A dalam waktu 48 jam sebelum mendapatkan rawatan. Selain itu, jangan lupa untuk memberitahu kepada doktor jenis ubat -ubatan yang anda ambil.
Doktor juga akan menyarankan anda untuk:
- Menggunakan pelembab khusus biasanya mempunyai bahan seperti glycolic asid
- Menggunakan krim retinoid untuk mencegah kegelapan kulit
- Seminggu sebelum menjalani rawatan, anda mestilah berhenti melakukan waxing atau menggunakan depilator hair removal
- Tidak melakukan bleaching rambut
- Tidak menggunakan scrub untuk kulit wajah
4. BAHAN AKTIF YANG DIGUNAKAN UNTUK CHEMICAL PEEL?
Chemical peel merupakan salah satu cara yang baik untuk menghasilkan semula kulit baru. Selain berfungsi untuk mengangkat sel kulit mati, chemical peel juga merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen baru. Antara bahan aktif yang biasa digunakan dalam rawatan chemical peel adalah:
- Glycolic acid
- Sesuai untuk kulit wajah yang normal dan sedikit berminyak. Glycolic acid sangat baik untuk menanggalkan kulit bahagian luar agar kulit semakin halus dan lembut.
- Salicylic acid
- Sesuai untuk kulit wajah yang senang untuk berjerawat. Ia akan membersihkan wajah agar jerawat tidak mudah terjadi lagi.
- Phytic acid
- Sangat sesuai untuk kulit sensitif dan mempunyai hiperpigmentasi
- Mandelic acid
- Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya jika anda memiliki pori pori yang besar. Bahan aktif ini mampu menghilangkan noda gelap dan juga parut luka.
- Lactic acid
- Sangat baik untuk menghilangkan noda hitam dan sangat sesuai dengan semua jenis kulit
5. JENIS-JENIS RAWATAN CHEMICAL PEEL?
Terdapat beberapa jenis peeling yang mesti anda ketahui. Setiap jenis peeling ini berbeza diantara satu sama lain. Jenis rawatan ini akan diberikan mengikut warna kulit dan masalah apa yang anda hendak selesaikan.
- Light chemical peel
- Peeling menggunakan light chemical biasanya menggunakan alpha hydroxy acid untuk proses pengelupasan secara lembut berlaku ke atas kulit anda. Bahan ini hanya menembusi pada lapisan kulit yang paling luar. Dalam kaedah ini, cecair peeling akan disapukan pada kulit wajah dan anda akan merasakan seperti disengat. Setelah itu, kulit anda akan disapu dengan cecair yang bersifat neutral seperti toner untuk membersihkan produk peeling.
- Disebabkan jenis peeling ini tidak menembusi ke lapisan kulit lebih dalam, maka kesan sampingan kurang berlaku dan juga proses pemulihan juga berlaku dengan cepat. Biasanya kulit anda akan sembuh dalam masa satu minggu sahaja. Anda juga haruslah sentiasa memakai pelindung matahari dalam tempoh ini.
- Selain itu, peeling jenis ini juga biasanya memerlukan 5 sesi rawatan untuk dapatkan hasil yang anda inginkan. Anda boleh melakukan rawatan ini setiap 2-5 minggu dan doktor di Klinik Hana akan memberikan jadual bila sepatutnya anda lakukan rawatan ini.
- Medium chemical peel
- Jenis peeling ini biasanya menggunakan trichloroacetic (TCA) atau glycolic acid untuk mencapai lapisan luar dan tengah dari kulit. Proses ini lebih efektif untuk menghilangkan sel kulit mati. Dalam kaedah ini, doktor akan meratakan cecair peeling dengan menggunakan berus wajah. Setelah itu, sinaran biru (blue peel) juga akan ditambah agar proses pengelupasan lebih maksimum. Seterusnya, doktor akan memberikan tekanan dingin (cold compress). Pada saat ini, anda akan merasakan kulit seperti terbakar selama lebih kurang 20 minit. Untuk jenis peeling ini, cecair bersifat neutral tidak diperlukan.
- Biasanya jenis peeling ini sesuai untuk merawat kulit yang mempunyai garis halus, kulit rosak akibat sinaran matahari, hiperpigmentasi yang tidak terlalu serius dan juga parut jerawat yang tidak terlalu dalam (1).
- Selain itu, rawatan ini biasanya mengambil masa selama seminggu hingga dua minggu untuk sembuh. Dalam tempoh ini, anda haruslah mengelakkan kulit dari terdedah kepada sinaran cahaya matahari kerana boleh melambatkan proses pemulihan.
- Deep chemical peel
- Biasanya jenis peeling ini menggunakan phenol atau trichloroacetic (TCA) acid yang akan menembusi lapisan kulit bahagian tengah untuk mengangkat sel kulit mati. Prosedur ini dimulakan dengan membersihkan wajah anda terlebih dahulu dan akan diberikan pelindung mata untuk mengelakkan iritasi berlaku. Selepas itu, doktor akan menyapukan sejenis krim kebas di tempat yang akan dilakukan rawatan peeling. Contohnya di bahagian wajah dan juga leher. Untuk sesetengah pesakit, doktor akan memasangkan infus untuk menjaga cecair di dalam badan bagi mengelakkan terjadinya alergi pada kulit.
- Biasanya jenis rawatan peeling ini amat disarankan oleh doktor untuk pesakit yang mempunyai masalah seperti kerosakan kulit disebabkan cahaya matahari, bekas parut jerawat, parut gelap, kedutan dan hiperpigmentasi tahap yang sederhana sehingga tahap yang teruk.
- Disebabkan kekuatan rawatan ini, proses penyembuhan mengambil masa selama dua minggu hingga 3 minggu. Selama proses penyembuhan, anda mestilah berada di rumah, mengambil ubat antivirus selama 10 hingga 14 hari, mencuci kulit dengan larutan khas antara empat dan enam kali sehari, sapukan krim selama 14 hari, gunakan pelembab yang tebal, elakkan sebarang solekan selama 14 hari dan elakkan kulit dari terdedah kepada cahaya matahari.

6. APAKAH HASIL YANG BAKAL SAYA PEROLEH SETELAH MELAKUKAN RAWATAN CHEMICAL PEEL?
Setelah melakukan rawatan ini, biasanya kulit anda akan mengalami kemerahan dan diikuti dengan penggelupasan kulit mati pada bahagian rawatan. Proses ini biasanya akan berlaku selama tiga hingga tujuh hari. Di Klinik Hana, anda akan diberi konsultasi tentang rawatan mana yang paling sesuai dengan kulit anda, berapa kali rawatan diperlukan dan bilakah sepatutnya anda melakukan rawatan seterusnya. Jika proses penyembuhan telah habis, anda pasti akan terkejut melihat hasilnya yang sangat memuaskan!. Kulit and akan kelihatan lebih halus, lebih cerah, lebih lembab dan jerawat juga akan berkurangan!

7.RISIKO RAWATAN CHEMICAL PEELING?
Anda perlu faham bahawa setiap rawatan pasti mempunyai kesan sampingan. Selain itu, setiap pesakit juga akan mengalami kesan sampingan yang berbeza dengan pesakit yang lain. Pada umumnya, kesan sampingan ini hanyalah sementara, contohnya kulit kemerahan, kering, ada rasa sedikit panas pada kulit dan bengkak. Namun anda tidak perlu risau kerana kesan sampingan ini akan hilang selepas beberapa hari rawatan. Cara yang paling mudah untuk anda elakkan kesan sampingan yang serius dan kekal adalah anda mestilah dapatkan rawatan di klinik yang berpengalaman dan anda haruslah mematuhi segala arahan penjagaan selepas rawatan.
SEGERA DAPATKAN NASIHAT DARI PAKAR DI KLINIK HANA YANG MERUPAKAN BOARD CERTIFIED DERMATOLOGIST YANG SAH UNTUK WAJAH YANG HALUS, CERAH DAN SEKATA DENGAN HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN!
LET’S WORK TOGETHER TO ACHIEVE BRIGHTER, HEALTHIER SKIN!
Rujukan :
1) Soleymani T, Lanoue J, Rahman Z. A Practical Approach to Chemical Peels: A Review of Fundamentals and Step-by-step Algorithmic Protocol for Treatment. J Clin Aesthet Dermatol. 2018 Aug;11(8):21-28. Epub 2018 Aug 1. PMID: 30214663; PMCID: PMC6122508.