TIPS KURUS DENGAN RAWATAN LASER LIPOLYSIS

Ramai diantara kita mengalami masalah lemak berlebihan di kawasan tertentu walaupun telah mengamalkan pemakanan yang sihat dan melakukan senaman. Kawasan masalah ini mungkin berbeza bagi setiap orang bergantung pada faktor genetik dan juga jantina. Masalah lemak berlebihan boleh menjadi punca kepada rasa kurang yakin dengan diri sendiri serta malu dengan orang sekeliling. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana di Klinik Hana, terdapat beberapa rawatan yang sesuai untuk mengawal masalah lemak berlebihan. Salah satu rawatan yang sangat berkesan adalah “laser lipolysis”. Sebelum menjalankan rawatan ini, mari kita fahami terlebih dahulu apakah rawatan laser lipolysis.

1. APA ITU LASER LIPOLYSIS?

LASER-LIPOLYSIS-1

Laser lipolysis merupakan teknik atau kaedah rawatan membakar lemak berlebihan menggunakan tenaga laser untuk mengubah bentuk dan rupa badan anda. Terdapat beberapa jenis rawatan lipolysis tetapi laser liposis adalah yang paling biasa digunakan.
Rawatan ini sangat sesuai untuk mendapatkan bentuk badan idaman anda. Hal ini kerana, laser lipolysis menyasarkan lemak degil yang tidak mudah hilang walaupun aktif bersenam dan menjaga pemakanan dengan baik. Apabila lemak degil ini dibuang terutamanya di kawasan perut, pinggul, peha atau punggung, maka bahagian badan anda akan lebih senang terbentuk.

Terdapat dua jenis laser lipolysis: 

  •  Tiada melibatkan hirisan ( non – invasive)
  •  Hirisan secara minimum (minimally invasive)

2. BAGAIMANA KEDUA -DUA JENIS RAWATAN LASER LIPOLYSIS INI BERFUNGSI?

a) Non-invasive laser lipolysis 
Prosedur ini tidak melibatkan sebarang hirisan dan juga tiada proses sedutan lemak berlaku. Biasanya, doktor akan menandakan bahagian badan anda dan anda diminta untuk berada dalam keadaan baring di atas katil. Kemudian, doktor akan memasang aplikator khas pada kulit anda. Semasa beberapa minit pertama rawatan, anda akan merasakan sensasi penyejukan yang membantu memastikan kulit anda selesa sepanjang proses. Selepas itu, anda akan merasakan sensasi hangat dan sejuk yang silih berganti apabila laser mula memusnahkan sel lemak anda. Ini akan berterusan sehingga rawatan selesai.

b) Minimally invasive laser lipolysis
Prosedur ini melibatkan sedikit hirisan yang dibuat pada kulit dan laser akan dimasukkan untuk memecahkan lemak. Biasanya, doktor akan memulakan dengan menandakan kawasan badan yang perlu dirawat. Kemudian, doktor akan menyuntik dengan ubat bius supaya boleh membuat hirisan kecil pada kulit anda. Anda akan terjaga sepanjang rawatan ini berjalan. Walau bagaimanapun, anda tidak akan merasakan apa-apa selain sedikit tekanan atau haba pada kulit anda. Apabila ubat bius telah diterima, doktor memasukkan laser (yang berada di dalam tiub nipis yang dipanggil kanula) melalui hirisan dan ke bahagian berlemak badan anda. Haba dari laser akan mencairkan lemak, dan kemudiannya doktor akan ‘menyedut’ lemak degil atau meninggalkan di dalam badan anda untuk diserap secara semula jadi. Haba ini juga mendorong badan anda menghasilkan kolagen baru, yang membantu menegangkan kulit.

3. JENIS -JENIS RAWATAN LIPOLYSIS SELAIN LASER LIPOLYSIS

a) Suntikan lipolysis

Suntikan-Lipolysis
Rawatan lipolysis secara suntikan menggunakan bahan kimia untuk mengurangkan bilangan sel lemak di kawasan rawatan. Doktor biasanya menyuntik asid deoksikolik di bawah dagu untuk menyingkirkan lemak submental (double chin). Anestesia tempatan atau ubat bius yang digunakan cukup untuk menghilangkan ketidakselesaan semasa prosedur. Dua hingga enam rawatan biasanya diperlukan untuk mencapai hasil yang memuaskan. Sementara itu, anda mungkin mengalami sedikit lebam, kemerahan, sakit dan bengkak di kawasan tersebut.

b) Cryolipolysis


Sel lemak membeku lebih cepat daripada sel sekeliling. Apabila sel lemak yang beku mati, makrofaj akan mencernanya. Proses ini membawa kepada pemecahan lemak di kawasan rawatan. Satu sesi dianggarkan berlangsung sekitar enam puluh minit. Peranti cryolipolysis akan mengosongkan kawasan rawatan antara dua panel penyejuk untuk memudahkan pembekuan sel lemak. Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah termasuk kemerahan, lebam, dan bengkak.

c) Lipolysis secara frekuensi radio

Lipolysis-secara-frekuensi-radio
Peranti frekuensi radio memanaskan dan memusnahkan sel lemak tanpa menyebabkan kecederaan pada tisu lain. Rawatan ini tidak memerlukan ubat bius. Pada masa sekarang, peranti monopolar dan bipolar sedang digunakan. Namun, peranti monopolar lebih berkesan berbanding dengan peranti bipolar dan memerlukan sesi rawatan yang sedikit berbanding peranti bipolar. Untuk melihat hasil yang berkesan, sekurang-kurangnya empat rawatan diperlukan.

d) High-intensity focused ultrasound (HIFU)

HIFU
Teknologi HIFU menggunakan tenaga akustik untuk mendorong haba dan memusnahkan sel-sel lemak. Ia menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dermis dan memanaskan sel pada suhu lebih tinggi daripada 65°C, tanpa merosakkan dermis atau sel di sekelilingnya. Prosedur ini juga menghasilkan kesan menegangkan kulit kerana ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi.

4. DIMANAKAH BAHAGIAN BADAN YANG BOLEH SAYA DAPATKAN RAWATAN LIPOLYSIS?

Kawasan yang paling kerap dirawat dengan laser lipolysis adalah bahagian dagu, leher, dada, perut dan juga peha.
Laser lipolysis yang tidak melibatkan hirisan (non -invasive) boleh merawat kawasan yang berikut:

  • Dagu
  • Leher
  • Perut atas dan bawah
  • Pinggang dan pinggul
  • Punggung
  • Peha dalam dan luar
  • Peha belakang
  • Peha dan lutut anterior
  • Betis
  • Bahagian bawah punggung

LASER-LIPOLYSIS-3
Selain itu, laser lipolysis hirisan secara minimum pula didapati berkesan pada bahagian yang berikut:

  • Lengan
  • Dada
  • Perut atas dan bawah
  • Peha dalam dan luar
  • Belakang leher

5. ADAKAH LASER LIPOLYSIS BERBEZA DENGAN RAWATAN LAIN?

Lipolysis menggunakan laser untuk memecahkan sel lemak dan juga mengurangkan jumlah tisu lemak yang ada di dalam badan. Proses ini juga dikatakan dapat menegangkan kulit dan melicinkan kulit anda berbanding sebelum menjalani rawatan ini. Secara keseluruhan, lipolysis memberikan faedah yang lebih kurang sama dengan prosedur penyingkiran lemak yang lain. Laser yang digunakan dalam prosedur ini adalah selamat untuk kegunaan klinikal dan tidak menimbulkan risiko kebakaran kulit (1). Selain itu, risiko jangkitan dan meninggalkan kesan parut yang dalam juga amatlah rendah (2). Rawatan ini mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan pembedahan kosmetik seperti prosedur sedut lemak atau dikenali sebagai “liposuction”. Tempoh penyembuhan rawatan lipolysis adalah lebih cepat dan anda boleh meneruskan aktivit harian dalam beberapa hari sahaja selepas melakukan rawatan ini. Berbanding dengan prosedur sedut lemak ataupun “liposuction”, ianya mengambil masa yang lebih lama iaitu beberapa minggu untuk sembuh sepenuhnya selepas rawatan.

6. PERSEDIAAN UNTUK MENJALANI RAWATAN LASER LIPOLYSIS

Anda tidak perlu risau, doktor di Klinik Hana akan memberikan maklumat khusus tentang persediaan rawatan lipolysis sebelum meneruskan rawatan. Biasanya, doktor akan menasihati anda supaya:

  • Berhenti mengambil ubat pencair darah dan ubat anti-radang selama dua minggu. Hal ini kerana ubat-ubatan boleh menganggu proses penyembuhan badan selepas rawatan.
  • Elakkan aktiviti yang mungkin merengsakan kulit seperti “skin tanning” dan juga bercukur.

7.KESAN SAMPINGAN DAN RISIKO LASER LIPOLYSIS?

  • Anda mungkin akan mengalami lebam dan sedikit ketidakselesaan selama beberapa hari selepas menjalani rawatan.
  • Jika tempat laser tidak dijaga dengan betul selepas prosedur, anda mungkin berisiko mendapat jangkitan dan parut. Tetapi jika anda mematuhi segala arahan yang diberikan oleh doktor, jangkitan dan parut tidak akan berlaku.

8. APA YANG PERLU ANDA JANGKA SELEPAS MENJALANI RAWATAN LASER LIPOLYSIS?

Selepas anda menjalani rawatan laser lipolisis, anda mungkin perlu mengambil antibiotik selama tiga hingga lima hari untuk mengelakkan jangkitan. Doktor juga akan berbincang dengan anda tentang cara memaksimumkan hasil prosedur anda, sama ada dengan kursus senaman tertentu atau perubahan dalam diet. Masa pemulihan setiap individu adalah berbeza, tetapi adalah lebih baik rancang untuk mengambil sekurang-kurangnya lapan hari cuti daripada bersenam dan aktiviti lasak yang lain. Selepas rawatan, lazimnya anda dapat melihat beberapa kesan laser lipolysis dengan segera. Kulit anda mungkin kelihatan lebih tegang, terasa lebih padat. Perhatikan kawasan itu, dan berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami sebarang perubahan luar biasa. Doktor mungkin meminta untuk berjumpa anda untuk rawatan susulan anggaran seminggu selepas prosedur untuk memastikan keadaan pulih dengan betul.

9. BERAPA LAMA HASIL RAWATAN LASER LIPOLYSIS MAMPU BERTAHAN?

Kesan rawatan laser lipolysis sangat berbeza bergantung kepada individu tersebut. Apa yang perlu anda ingat adalah rawatan lipolysis boleh mengubah penampilan badan anda tetapi anda juga perlu ingat, senaman dan diet yang baik perlu diamalkan bagi mendapatkan hasil yang berkekalan. Jika anda melihat hasil keputusan sebelum dan selepas rawatan lipolysis, sudah tentu akan ada perbezaan dan akan kekal dengan syarat berat badan anda tidak bertambah!. Jika berat badan anda bertambah akibat tidak menjaga diet yang baik dan tidak bersenam, hasil daripada laser lipolysis mungkin akan hilang. Disini ada beberapa tips kurus yang anda boleh cuba selepas menjalani rawatan laser lipolysis. Antaranya adalah:

a) Tips kurus 1: Lebihkan protein, kurangkan karbohidrat.
Apabila bercakap tentang penurunan berat badan, protein adalah raja nutrien. Kajian menunjukkan diet yang mengandungi protein yang tinggi boleh meningkatkan metabolisma sehingga 80 -100 kalori setiap hari (3). Diet yang kaya dengan protein juga boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makan. Malah ada kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan protein mampu mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 400 kalori setiap hari (4).

b) Tips kurus 2: Makan makanan yang sebenar dan elakkan makanan yang diproses
Maksud makanan sebenar di sini ialah makanan yang tidak diproses. Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan mempunyai kalori yang tinggi. Dengan cara ini, anda telah mengurangkan pengambilan gula dan lemak tambahan. Kebanyakan makanan sebenar sangat mengenyangkan secara semulajadi. Tambahan pula, ia menyediakan nutrient penting yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan baik.

c) Tips kurus 3: Minum air masak
Ya, benar. Minum air masak dapat membantu mengurangkan berat badan. Menurut kajian, pembakaran kalori akan meningkat sebanyak 24-30% sejam selepas anda minum 0.5-liter air (5). Minum air sebelum makan juga boleh menyebabkan pengurangan pengambilan kalori, terutamanya untuk orang pertengahan umur dan lebih tua (6).

d) Tips kurus 4: Intermittent fasting atau puasa berselang.
Puasa berselang adalah corak pemakanan yang berselang antara tempoh berpuasa dan makan.Terdapat beberapa cara yang berbeza untuk melakukan puasa berselang, termasuk diet 5:2, kaedah 16:8 dan kaedah makan-berhenti-makan. Yang biasa diamalkan adalah 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan. Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan. Secara amnya kaedah ini membuatkan anda makan lebih sedikit kalori. Oleh yang demikian, kaedah ini sepatutnya membawa kepada penurunan berat badan serta memberikan banyak manfaat kesihatan yang lain (7).

e) Tips kurus 5: Lebihkan buah- buahan dan sayur – sayuran.
Buah -buahan dan sayur- sayuran amat baik untuk kesihatan dan mampu mengurangkan berat badan dengan cepat dan selamat. Selain tinggi kandungan air, nutrient dan serat, buah-buahan dan sayur- sayuran mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah atau dipanggil sebagai “low density energy”. Ini membolehkan anda mengambil hidangan yang banyak dengan kandungan kalori yang rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang makan lebih banyak buah-buahan dan sayur sayuran mempunyai berat badan yang lebih ringan berbanding orang yang kurang mengambil buah-buahan dan sayur – sayuran (8).

f) Tips kurus 6: Makan banyak serat/fiber/prebiotic
Satu lagi bahagian penting dalam diet anda ialah memastikan anda mengambil serat yang mencukupi. Adalah disyorkan bahawa wanita makan 25 gram serat setiap hari dan lelaki 35 gram serat setiap hari. Serat membantu memastikan pergerakan usus anda berfungsi dengan baik dan membantu menurunkan kolesterol serta mengekalkan paras gula dalam darah anda daripada meningkat. Kajian menunjukkan serat boleh membantu menyerap lemak usus dan menghalang penyerapan kalori ke dalam aliran darah. Oleh itu, pengambilan serat dalam pemakanan harian merupakan cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan dan menghalang berlakunya penambahan berat badan.

g) Tips kurus 7: Lakukan senaman kardio
Melakukan senaman kardio sama ada berjoging, berlari, berbasikal, berjalan kaki atau mendaki merupakan cara terbaik untuk membakar kalori dan meningkatkan kesihatan mental, fizikal dan juga menjaga penampilan seseorang. Kajian menunjukkan senaman kardio mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga boleh membantu mengurangkan masalah berat badan (9). Senaman kardio juga telah terbukti mampu mengurangkan lemak perut berbahaya yang terkumpul di sekitar organ anda dan juga boleh menjadi punca kepada penyakit metabolik (10).

h) Tips kurus 8: Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup ada banyak kebaikannya dan salah satunya adalah mengurangkan berat badan. Kajian mendapati orang yang tidak dapat tidur yang cukup adalah 55% lebih cenderung untuk menghidapi obesiti. Hal ini kerana kekurangkan tidur akan mengganggu hormon selera makan dan menyebabkan regulasi selera makan yang tidak sihat.

10. BILAKAH KESAN LASER LIPOLYSIS DAPAT DILIHAT?

Kesan laser lipolysis dapat dilihat serta merta selepas rawatan dilakukan. Sel lemak badan yang degil akan hilang buat selamanya dan selebihnya akan dikeluarkan oleh tubuh secara semulajadi dalam masa 3 bulan hingga 6 bulan. Namun begitu, perlu diingatkan, jika tidak menjaga pemakanan dan tidak melakukan senaman, sel – sel lemak yang tertinggal boleh membesar dan menyebabkan berat badan anda bertambah semula. Oleh itu, amatlah penting untuk kita menjaga diet dan senaman kerana selain mampu mengekalkan berat badan ia juga membantu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan hormon.

11. SIAPAKAH CALON YANG PALING SESUAI MELAKUKAN LASER LIPOLYSIS?

Rawatan laser lipolysis sesuai untuk semua jenis jantina. Selain faktor kesihatan dan cara pemakanan, biasanya wanita lebih cenderung untuk mempunyai masalah selulit atau lebih dikenali sebagai stretch mark. Laser lipolysis amat popular dalam kalangan wanita kerana laser lipolysis membantu mengurangkan selulit dan memberikan kesan regangan kulit yang lebih licin. Selain itu, laser lipolysis mampu mengurangkan kulit menggeleber. Wanita yang telah melahirkan anak biasanya mengalami masalah “stretch mark” yang teruk dan mahu meningkatkan semula imej diri merupakan calon yang sangat sesuai untuk mencuba rawatan laser lipolysis.

12. BAGAIMANA UNTUK MENCARI RAWATAN LIPOLYSIS YANG BERDEKATAN?

Klinik Hana ialah sebuah Klinik Estetik dan juga merupakan klinik pakar kulit atau dikenali sebagai “skin specialist” yang menawarkan lebih dari 10 jenis rawatan menggunakan teknologi terkini termasuklah rawatan laser muka, rawatan kulit berjerawat, jeragat, selulit, parut, rawatan rambut gugur, rawatan awet muda, rawatan melangsingkan badan dan banyak lagi. Selain itu, Klinik Hana juga menyediakan rawatan estetik perubatan yang saintifik dan terbukti berkesan dengan harga yang sangat berpatutan berbanding Klinik estetik lain di Malaysia.

Jika anda berminat dengan rawatan laser lipolysis, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah dan pakar kulit di Klinik Hana terlebih dahulu untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang rawatan lipolysis.

Rujukan :

1) Fakhouri TM, El Tal AK, Abrou AE, Mehregan DA, Barone F. Laser-assisted lipolysis: a review. Dermatol Surg. 2012 Feb;38(2):155-69. doi: 10.1111/j.1524-4725.2011.02168.x. Epub 2011 Oct 20. PMID: 22093156 Link Here

2) Jewell ML, Solish NJ, Desilets CS. Noninvasive body sculpting technologies with an emphasis on high-intensity focused ultrasound. Aesthetic Plast Surg. 2011 Oct;35(5):901-12. doi: 10.1007/s00266-011-9700-5. Epub 2011 Apr 1. PMID: 21461627. Link here

3) Johnston CS, Day CS, Swan PD. Postprandial thermogenesis is increased 100% on a high-protein, low-fat diet versus a high-carbohydrate, low-fat diet in healthy, young women. J Am Coll Nutr. 2002 Feb;21(1):55-61. doi: 10.1080/07315724.2002.10719194. PMID: 11838888. Link Here

4) Weigle DS, Breen PA, Matthys CC, Callahan HS, Meeuws KE, Burden VR, Purnell JQ. A high-protein diet induces sustained reductions in appetite, ad libitum caloric intake, and body weight despite compensatory changes in diurnal plasma leptin and ghrelin concentrations. Am J Clin Nutr. 2005 Jul;82(1):41-8. doi: 10.1093/ajcn.82.1.41. PMID: 16002798 Link Here

5) Boschmann M, Steiniger J, Hille U, Tank J, Adams F, Sharma AM, Klaus S, Luft FC, Jordan J. Water-induced thermogenesis. J Clin Endocrinol Metab. 2003 Dec;88(12):6015-9. doi: 10.1210/jc.2003-030780. PMID: 14671205.Link Here

6) Van Walleghen EL, Orr JS, Gentile CL, Davy BM. Pre-meal water consumption reduces meal energy intake in older but not younger subjects. Obesity (Silver Spring). 2007 Jan;15(1):93-9. doi: 10.1038/oby.2007.506. PMID: 17228036. Link Here

7) Johnstone A. Fasting for weight loss: an effective strategy or latest dieting trend? Int J Obes (Lond). 2015 May;39(5):727-33. doi: 10.1038/ijo.2014.214. Epub 2014 Dec 26. PMID: 25540982 Link Here

8) Ledoux TA, Hingle MD, Baranowski T. Relationship of fruit and vegetable intake with adiposity: a systematic review. Obes Rev. 2011 May;12(5):e143-50. doi: 10.1111/j.1467-789X.2010.00786.x. PMID: 20633234. Link Here

9) Murabito JM, Pedley A, Massaro JM, Vasan RS, Esliger D, Blease SJ, Hoffman U, Fox CS. Moderate-to-vigorous physical activity with accelerometry is associated with visceral adipose tissue in adults. J Am Heart Assoc. 2015 Mar 3;4(3):e001379. doi: 10.1161/JAHA.114.001379. PMID: 25736442; PMCID: PMC4392428 Link Here

10) Ohkawara K, Tanaka S, Miyachi M, Ishikawa-Takata K, Tabata I. A dose-response relation between aerobic exercise and visceral fat reduction: systematic review of clinical trials. Int J Obes (Lond). 2007 Dec;31(12):1786-97. doi: 10.1038/sj.ijo.0803683. Epub 2007 Jul 17. Erratum in: Int J Obes (Lond). 2008 Feb;32(2):395. PMID: 17637702. Link Here

Leave a Reply

%d bloggers like this: