•  

    Kulit Merekah? Cuba Rawatan Kulit Kering Klinik Hana

     

    Kulit Merekah? Cuba Rawatan Kulit Kering Klinik Hana

    Masalah kulit kering tidak akan membelenggu anda lagi!

    Masalah kulit kering tidak akan membelenggu anda lagi!
    Source: Unsplash

    Cuaca di Malaysia yang panas boleh menyebabkan masalah kulit kering yang boleh menyebabkan masalah jangka panjang dan boleh menyebabkan kulit anda  mengelupas dalam keadaan serius. Selain itu, faktor-faktor seperti penggunaan sabun yang salah, suplemen  berlebihan, dan produk kulit yang tidak bersesuaian juga boleh menyebabkan masalah kulit kering.

    Sudah berbagai produk yang dicuba namun tiada perubahan yang dapat dilihat malah, kulit anda mungkin lebih teruk. Jika ini terjadi, sudah sampai masanya untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan khusus bagi kulit anda.. Di Klinik Hana, kami menawarkan pelbagai rawatan bagi kulit kering dan rawatan ini semua telah diiktiraf serta terbukti keberkesanannya. Antaranya termasuk:

    1. Rejuran Healer

    Rejuran Healer adalah rawatan suntikan yang berasal dari stem sel ikan Salmon untuk menyembuhkan parut di kulit dan mengurangkan keradangan kulit. Rawatan ini boleh melembapkan kulit serta memperbaiki tona, keanjalan dan tekstur kulit. Selain itu, Rejuran Healer dapat mengecilkan size pori-pori sekaligus memberi efek ‘glass skin’

    2. Profhilo

    Profhilo merupakan rawatan suntikan yang mengandungi Hyaluronic Acid (HA). HA sudah tidak asing lagi didengar lebih-lebih lagi kerana ianya boleh dikatakan berada dalam setiap produk pelembab kerana keberkesanannya untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Istimewanya rawatan ini adalah ianya merupakan “ injectable moisturizer” yang mampu mengembalikan kelembapan kulit, menganjalkan kulit serta menghasilkan sel-sel adipocyte untuk memberi volume pada wajah. Sesuai untuk kulit yang sangat kering dan matang.

    3. White Doll

    Hah, dah nama pun macam patung, mestilah rawatan ini boleh membuat kulit anda gebu dan sihat. Rawatan klinikal intensif ini direka untuk meratakan permukaan kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus. Ia juga akan melicinkan, melembutkan dan menggalakkan peremajaan kulit secara menyeluruh.

    Kenapa pilih Klinik Hana?

    Dah tengok, antara rawatan kulit kering kami, mesti anda tertanya-tanya kenapa perlu pilih Klinik Hana. Antara sebab utama, rakyat Malaysia memilih kami adalah kerana kami menawarkan rawatan kami pada harga berpatutan tanpa kompromi pada kualiti rawatan. Selain itu, setiap rawatan kami dilakukan oleh doktor perubatan estetik bertauliah.

    Bagi sesetengah pengunjung Klinik Hana, kami menawarkan pelan pembayaran yang fleksibel. Anda tidak perlu khuatir mengunjungi klinik kami kerana staf kami semua terlatih secara profesional dan berpengalaman luas.

    Selain rawatan kulit kering, kami juga menawarkan pelbagai jenis rawatan kulit. Anda boleh cuba rawatan pembuangan ketuat dan skin tag kami. Kami juga menawarkan rawatan bagi pigmentasi kulit yang bolh mencerahkan kulit anda. Anda juga tidak perlu risau mengenai kedutan, jerawat dan sebagainya melalui rawatan kulit Klinik Hana.

    Lawati Klinik Hana untuk menyelesaikan segala masalah kulit anda dengan rawatan kami yang telah diperibadikan mengikut kondisi kulit anda.

Comments

  • (no comments)
This site has been visited
times