•  

    Cara Paling Cepat & Berkesan Untuk Hilangkan Parut Berlubang

    Cara Paling Cepat & Berkesan Untuk Hilangkan Parut Berlubang

    Menghilangkan parut berlubang dengan cepat dan berkesan!

    Menghilangkan parut berlubang dengan cepat dan berkesan!
    Source: Freepik

    Di Klinik Hana, kami memahami kepentingan merawat parut jerawat berlubang dengan cepat dan berkesan untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri. Oleh sebab itu, kami telah menyediakan beberapa rawatan khas untuk parut berlubang.

    1. Rejuran Healer

    Rejuran Healer boleh membantu merawat parut berlubang dengan cepat sambil memulihkan kesihatan kulit. Ia direka khas untuk mempercepatkan kadar penyembuhan luka dan meningkatkan keanjalan serta kelembapan kulit.

    2. Subcission (Menghiris)

    Rawatan subcission sangat sesuai untuk parut berlubang jenis box scar. Doktor anda akan menggunakan besi kanula yang tumpul untuk memotong akar parut yang menyebabkan lekuk pada permukaan kulit muka. Proses ini boleh mengaktifkan penghasilan kolagen supaya parut berlubang tersebut kembali rata dan tekstur kulit lebih sekata.

    3. Chemical Peel

    Rawatan chemical peel yang dipanggil TCA Cross ini paling popular di Malaysia untuk merawat parut berlubang jenis ice pick. TCA akan di titikkan satu per satu ke dalam setiap parut ice pick. Ini akan menghasilkan lapisan frosting iaitu warna putih yang terhasil pada permukaan kulit. Frosting akan menyebabkan penghasilan inflamasi sekaligus    mengalakkan pertumbuhan kolegen baharu. Kulit yang tumbuh kembali akan lebih rata, licin dan lembut.

    Ketiga-tiga rawatan ini banyak berkesan untuk menghilangkan kesan parut berlubang dengan cepat. Ia juga selamat! Tapi pastikan rawatan dilakukan oleh profesional. Jikalau tidak, parut berlubang anda mungkin lebih teruk. 

    Dengan adanya pelbagai jenis rawatan untuk parut berlubang dan juga doktor terlatih yang berpengalaman, Klinik Hana sedia  untuk membantu anda mencapai kulit yang anda mimpikan. Sama ada rawatan bulanan untuk memastikan kulit dalam keadaan baik (membuang sel kulit mati yang terkumpul di permukaan kulit) atau rawatan khas untuk mengurangkan parut berlubang jerawat, rawatan muka Klinik Hana akan memberi kesan yang menakjubkan untuk kulit anda.

Comments

  • (no comments)
This site has been visited
times